Tuesday 30 April 2019

KARNIVAL BAHASA INGGERIS

24 & 25 APRIL 2019
Bertempat SK Beris Jaya

SK Kalai mengambil bahagian di dalam :-

Story telling L2 - Nur Aisyah Alya Ahzar
Story Telling L1 - Nur Alya Amani bt Shamsul Anuar
Scrabble - Farah Danisha & Nur Fatihah
Poetry - Sarimah Damia & Nurin Syifa


Utk gambar semua klik KARNIVAL BI

Monday 22 April 2019

Tuesday 16 April 2019

KARNIVAL BAHASA MELAYU ZON SIK

15 APRIL 2019
Bertempat di SK Danglau , Sik , Kedah.

SK Kalai mengambil bahagian dalam 4 pertandingan :-

1. Bercerita Tahap 2 - Adik Asma Dalili bt Mohd Thoridi
2. Pidato Piala Di Raja - Adik Nur Fatihah bt Jafruddin
3. Bercerita Tahap 1 - Adik Nur Alya Amani bt Shamsul Anuar
4. Syair Tahap 1 - Adik Nurin Husna Qalesya




Monday 15 April 2019

DIALOG PRESTASI TAHUN 6

14 APRIL 2019

Dialog ini diadakan sebagai satu cakna untuk meningkatkan prestasi anak-anak Kalai yang akan menduduki UPSR tahun ini .
Sambutan dari ibu bapa waris amat menggalakkan menunjukkan satu sokongan padu atas usaha pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian anak-anak Tahun 6.


Saturday 30 March 2019

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE

31.3.2019
Pelancaran disempurnakan oleh Puan Suryani bt Nazmin , Guru Besar SK Kalai


Wednesday 2 September 2015

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada 21 Januari 2015 pihak sekolah dengan anjuran Pantitia Pendidikan Islam telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.



Para pelajar menunggu giliran untuk menyertai perarakan.


Perarakan majlis ini diketuai oleh Ustaz Ghaffar Bin Hassan.